Pages

Ads 468x60px

mona_vie

JANA MINDA


Sunday, 21 October 2012

Bahagian II (Hak Asasi)

     Bahagian II dalam Perlembagaan Malaysia berkenaan dengan Hak Asasi. Terdapat 9 perkara berkenaan dengan Hak asasi yang terkandung dalam perlembagaan bermula dengan perkara 5 hingga perkara 13.

Perkara 5: Kebebasan Diri
     Kebebasan diri bermaksud tiada sesiapa pun yang boleh di ambil nyawa atau di lucutkan kebebasan dirinya kecuali undang-undang. Jika seseorang itu di dakwah atas kesalahanya, maka ianya perlu di kaji oleh mahkamah tinggi atau mahkamah lain. Jika ia perlukan pembicaraan maka mahkamah boleh mengarahkan untuk dia dibawah ke mahkamah untuk dibicarakan. Sekiranya berlaku penangkapan kepada seseorang, perlulah diberi tahu sekadar segera sebab penangkapannya dan dia di benarkan untuk mengubungi pengamal undang-undang (peguam bela). Tahanan tersebut tidak boleh melebihi 24 jam tidak termasuk kes dibicarakan di mahkamah.

Perkara 6: keabdian dan kerja paksa dilarang.
     Tiada seorang pun yang boleh di tahan sebagai abdi dan sebarang bentuk kerja paksa adalah di larang. Tetapi melalui parlimen, undang-undang boleh di gubal untuk kerahan tenaga atas nama negara. Contohnya PLKN. Bentuk kerahan tenaga ini adalah muktamat kepada sesiapa yang terpilih. Undang-undang boleh di ambil sekiranya tidak dapat mengemukakan sebab tidak dapat hadir ke program tersebut. 

Perkara 7: Perlindungan daripada undang-undang jenayah kuat kuasa ke belakang 
                    dan berbicaraan berulang.
     Sekira seseorang itu melakukan salah dari segi undang-undang namun kuat kuasa undang-undang masih belum menyatakan kesalahannya maka ia tidak di angap salah sehinggalah undang-undang itu di gubal berkenaan dengan kesalahannya itu. Selain itu, hukuman tersebut adalah berpandukan kepada undang-undang tersebut. Seterusnya, seseorang yang telah bebas itu tidak boleh di bicarakan semula atas kesalahannya yang dulu. Kecuali pembebasan tersebut terbatal dan pembicaraan semula diperintahkan oleh mahkamah yang lebih atas daripada mahkamah yang membebaskannnya.

Perkara 8: Kesamarataan
     Semua manusia adalah sama rata di sisi undang-undang dan mempunyai hak perlindungan yang sama di sisi undang-undang. Kecuali perkara-perkara keistimewaan yang di berikan kepada bumiputra dan lain-lain yang telah termaktub dalam perlembagaan persekutuan. Tiada diskriminasi walau siapa pun dia.

Perkara 9: Larangan buang negeri dan kebebasan bergerak
     Tiada siapa pun yang boleh di buang negeri atau di tahan untuk memasuki persekutuan. Sesiapa pun berhak untuk bergerak di persekutuan dan boleh bermastautin di mana-mana bahagian persekutuan. 

Perkara 10: Kebebasan berakap, berhimpun dan berpersatuaan
     Semua warganegara berhak untuk bersuara memberikan pendapat. Selain itu mereka boleh membuat perhimpunan secara aman tanpa senjata. Seterusnya mereka bebas untuk membuat persatuan. Namun begitu perkara ini boleh di sekat melalui undang-undang.

Perkara 11: Kebebasan beragama
     Semua orang bebas mengamalkan agama mereka masing-masing. Selain itu, Mereka bebas untuk hal ehwal agama masing-masing dan menubuhkan dan menyelengarakan institusi keagamaan mereka.

Perkara 12: Hak berkenaan dengan pendidikan
     Tidak boleh ada diskriminasi terhadap mana-mana warganegara semata-mata atas alasan keagamaan,keturunan, tempat lahir dan dll. Antara bentuk diskriminasi ialah bantuan kewangan,

Perkara 13: Hak terhadap harta
     Tidak sesiapa yang boleh dilucutkan hartanya kecuali mengikut undang-undang. Tiada undang-undang boleh memperuntukan pengambilan atau penggunaan harta dengan paksa tanpa pampasan yang memadai.


0 comments:

Post a Comment